MANJUNG: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama kira-kira 300 warga Manjung mengambil bahagian di dalam kayuhan berbasikal sempena program 1TNB Family Wellness Day di sini, hari ini.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip danPengarah Urusan TNB Jana Manjung Sdn Bhd, Datuk Shamsul Ahmad.

Acara pelepasan disempurnakan Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Azri Jaafar di Padang Awam, Kg Dato’ Seri Kamaruddin, kira-kira jam 8.30 pagi.

Mereka berkayuh kira-kira 25 kilometer dan berhenti di empat lokasi untuk menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada mereka yang kurang bernasib baik.

MB__berkayuh_manjung 5

Majlis perasmian penutup disempurnakan Dr Zambry di pekarangan Dewan JKKK Kg Dato’ Seri Kamaruddin.

Di dalam ucapannya, beliau menasihatkan rakyat supaya menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Jika kita menjaga kesihatan, ia boleh mengurangkan kos perubatan,” katanya sambil berharap program seumpama itu diteruskan di masa-masa akan datang.

Menurut beliau, selain dapat menjaga kesihatan dan menghilangkan tekanan, kayuhan seumpama itu juga mampu merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama peserta.

“Kerajaan negeri sentiasa menggalakkan program-program seumpama ini dan berharap ia dapat diteruskan,” ujarnya.