IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini membuat kejutan apabila bersama-sama pekerja am Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengutip sampah di beberapa lokasi.

Dr Zambry secara mengejut telah menyertai pekerja-pekerja itu seawal jam 6.30 pagi mengelilingi kawasan perumahan dan bandar Ipoh untuk mengutip sampah.

Beliau berkata, tindakanya itu hanya sekadar untuk memahami kesusahan pekerja-pekerja am itu dalam melakukan kerja seharian yang lazimnya dipandang rendah oleh orang ramai.

“Ini satu kejutan kepada mereka, saya tak maklumkan lebih awal kerana tidak mahu mereka membuat persiapan..mereka memang terkejut sebab saya menyertai mereka dari mula tempat berkumpul sampai sekarang bantu mereka angkut sampah.

 

“Saya nak memberi ransangan..mereka juga sebahagian daripada kita, saya perlu tunjukan teladan kerana saya tidak boleh hanya bercakap dari pejabat sahaja tapi tak turun bawah membantu atau merasainya sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan mengejutnya itu di sekitar Pusat Transformasi Bandar di sini pada Khamis.

Menteri Besar meluangkan hampir empat jam membantu pekerja-pekerja am itu mengutip sampah bermula di kawasan Buntong dan berakhir di tengah-tengah bandar Ipoh.

“Secara amnya, ya saya dapat lihat dari segi peningkatan kebersihan di sekitar bandaraya ini, namun ianya merupakan tanggungjawab kita semua untuk pastikan ianya terus bersih serta tingkatkannya lagi dan tidak hanya bergantung kepada MBI,” ujar beliau.

Kehadiran Dr Zambry bersama-sama mengutip sampah tidak disedari warga Ipoh kerana beliau turut memakai kemeja T yang digunakan pekerja am MBI.

mb mbi 3mb mbi

mb mbi 416388081_1378099942231016_2787433213307679733_n