PANGKOR- Calon ahli Parlimen Lumut yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir antara pemimpin yang keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Rabu.

Dr. Zambry tiba di pusat mengundi di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, di sini pada jam 9.45 pagi bersama isteri, Datin Seri Saripah Zulkiflli.

Beliau yang mengenakan kemeja biru dan Saripah berbaju kurung biru, dengan diiringi anak serta menantunya.

Dr. Zambry bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan Parlimen Lumut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


Parlimen Lumut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Dr. Zambry dan calon PKR, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli manakala Mohammed Zamri Ibrahim mewakili PAS.

Manakala bagi DUN Pangkor, Dr. Zambry yang mempertahankan kerusinya akan bertembung dengan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail yang mewakili PKR dan PAS diwakili Zainal Abidin Saad yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Dalam pada itu, Dr. Zambry berkesempatan beramah mesra dengan pengundi dan bersalaman dengan mereka.

BERITA BERKENAANRakyat Balik Tak Semestinya Undi Pembangkang

1/3