SERDANG: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini dilantik sebagai Professor of Practice oleh Putra Business School (PBS), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia.

Penganugerahan itu diumumkan oleh Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris pada sesi dialog PBS bersama Menteri Besar Perak di UPM di sini.

IMG-20171009-WA0023

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Zambry berkata penganugerahan tersebut merupakan satu penghargaan kepada seluruh rakyat Perak dan beliau, sebagai ketua kerajaan, sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan ilmu pengurusan serta kepimpinan bersama warga PBS serta UPM.

Pengiktirafan ini akan menyuntik lebih semangat kepada pasukan pentadbiran kerajaan negeri untuk memastikan Perak dengan modul pembangunan sedia ada dapat terus diperkemas, diperkembang dan diteruskan untuk kesinambungan kemajuan yang lebih mapan di masa depan,” katanya.

IMG-20171009-WA0022