LUMUT – Lebih 1,000 anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diraikan pada majlis santai di Program Ekspresi Prihatin Veteran ATM Negaraku di Dewan Marina Island, di sini pada Ahad malam.

 

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir hadir bagi sama-sama menzahirkan penghargaan dan mengenang pengorbanan anggota keselamatan yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka.

 

 

Program ini juga antara lain bagi memberi aspirasi kepada generasi muda untuk berbakti kepada tanah air.

 

 

Dr. Zambry ketika berucap di majlis itu turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kestabilan negara.

 

“Seperti kita sedia maklum anggota tentera baik udara, darat dan laut khususnya di Lumut, dan yang berada di dewan ini lebih daripada 90 adalah tentera laut.

 

 

“Apa yang lebih mustahak adalah ketiga-tiga cabang ini(anggota tentera  darat, laut dan udara) ada bersama kita hari ini, bagi pihak kerajaan negeri saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana berkhidmat untuk negara dan negeri Perak,” katanya di majlis tersebut.

 

 

ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

 

 

Pada majlis itu, para veteran dan hadirin dihiburkan dengan persembahan kawad kaki senyap TLDM, pancaragam serta penyanyi undangan.

BERITA BERKENAANKu Nan Bukan Pencuri, Merekalah Pencuri Sebenar!- Hamzah

1/7