IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, sebentar tadi.

Mohd Zawawi yang rebah di kediamannya kerana mengalami hipertensi kelmarin baru sahaja menjalani pembedahan di hospital tersebut, semalam.

Dr Zambry berkata, keadaan wakil rakyat PAS itu ketika ini stablil dan sedang menjalani proses pemulihan.

d12de79e-4dda-44b3-a189-52cf23e47185 (1)

 

“Alhamdulillah, dimaklumkan doktor beliau stabil dan sedang menjalani proses-proses yang perlu dilakukan, sama-sama kita mendoakan beliau kembali pulih.

“Saya juga telah berjumpa dengan keluarganya, memberi kata-kata perangsang supaya bersabar menghadapi cabaran ini,” katanya ketika ditemui selepas ziarah berkenaan.

 

Tambah Menteri Besar lagi, sebarang perkembangan mengenai Mohd Zawawi akan dimaklumkan oleh pihak hospital dari masa ke semasa.

“Bersama-sama kita mendoakan agar beliau pulih dan diharapkan keluarganya bersabar menghadapi cabaran ini,” ujar beliau.

Dr Zambry meluangkan masa hampir satu jam melawat Mohd Zawawi yang masih tidak sedarkan diri sejak kelmarin.

Pada Selasa, Mohd Zawawi dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya dan selepas dihantar ke Hospital, beliau memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di otaknya.