SITIAWAN: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina bekas anggota Parlimen Lumut, Tan Sri Kong Cho Ha, di sini.

Kira-kira 1,000 tetamu dari pelbagai kaum hadir ke rumah terbuka tersebut yang diadakan setiap tahun sempena sambutan perayaan itu.

Hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli, ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Pengerusi MIC Perak, Datuk V. Elango, Pegawai Daerah Manjung dan Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Lebih 10 buah gerai yang menyediakan pelbagai jenis juadah seperti roti canai, satay, apam balik, dan aneka kuih muih menjadi pilihan tetamu yang hadir.

Dr Zambry yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi turut beramah mesra dengan tetamu yang hadir di samping bergambar bersama-sama mereka.