IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir meraikan pengamal media Perak dalam majlis santai jamuan aidilfitri di kediaman rasminya di sini pada Jumaat.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Mazalan Kamis dan Pengerusi Pengamal Media Perak (PPMP) Sayed Hesham Syed Idris.

7953d35a-12b9-4029-82b4-cc8924c70024

Dalam ucapan ringkasnya, Dr.Zambry telah menzahirkan penghargaan selain menghargai kerjasama yang terjalin di antara media dan Kerajaan Negeri.

“Diharapkan hubungan erat yang terjalin antara kita berkekalan dan saya menghargai kerjasama yang diberikan dalam liputan di negeri ini.

“Selain itu kita tidak menyekat mana-mana media untuk membuat sebarang liputan dan laporan tentang sesuatu isu,”katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 70 orang pengamal media.

cd0ee4ff-434e-4af0-9a6b-0b8e4e0e05a6

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan program tersebut bukan pertama kali dianjurkan tetapi sudah menjadi kemestian setiap kali musim hari perayaan.

“Bukan hanya perayaan Aidilfitri sahaja, kita turut meraikan pengamal media lain seperti Tahun Baharu Cina dan Deepavali “katanya.

Para pengamal media diraikan dengan pelbagai juadah lazim hari raya seperti ketupat, lemang selain nasi lemak dan kuih raya.