KATI: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini merasmikan Sistem Amaran Awal CDERT-C Mukim Chegar Galah di Kampung Chegar Galah dekat sini.

Sistem amaran awal banjir itu adalah hasil kerjasama strategik antara Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS).

Selain di Kg Chegar Galah, sistem ini juga terdapat di Kampung Gajah kerana kedua-dua kawasan itu sering dilanda banjir.

90a825ad-18f8-49e7-8b2b-d929df12583f

Melalui sistem amaran awal itu, pihak APM yang menjadi Sekretariat Bencana akan bertanggungjawab untuk menyelaras tindakan sekiranya berlaku kemungkinan banjir.

Hasil kerjasama TNB dan JPS, pihak APM akan membunyikan siren amaran yang boleh didengar sehingga satu kilometer radius bagi membolehkan persiapan dan pemindahan mangsa.

7f6c9946-a16a-4a3d-9605-84212a4bf2af

Siren amaran boleh diaktifkan melalui tiga cara iaitu daripada stesen TNB, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan penekanan butang.