KARAI: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memulakan program Permukiman di Daerah Kuala Kangsar dengan bersarapan bersama-sama lebih 100 warga Karai, pekan yang sinonim dengan kuih kundas.

Beliau yang tiba kira-kira jam 8.20 pagi turut diiringi beberapa Exco kerajaan negeri, antaranya Datuk Saarani Mohamad dan Datuk Samsudin Abu Hassan serta beberapa wakil rakyat seperti ADUN Lintang, Datuk Zolkafly Harun, ADUN Lubuk Merbau, Datuk Salmah Mat Jusak dan Datuk Mohd Zainun Mat Nor.

WhatsApp Image 2017-05-16 at 09.22.45WhatsApp Image 2017-05-16 at 09.15.41WhatsApp Image 2017-05-16 at 09.15.39WhatsApp Image 2017-05-16 at 09.22.49

Sambil menikmati kandus, Dr Zambry turut beramah mesra dengan beberapa orang rakyat yang mengadu hal.

Beliau kemudiannya merasmikan papan tanda perangi dadah di hadapan pejabat pos di pekan ini sebelum melakukan walkabout di pasar pagi.

Selepas di pekan Karai, Menteri Besar dan rombongan terus ke Pos Perwor untuk bertemu dengan masyarakat Orang Asli.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama masyarakat setempat sebelum ke Masjid Kg Bawong untuk merasmikan Karnival Mahabbah.