IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini meluangkan masa menerima kunjungan hormat dua ketua jabatan yang baru memulakan perkhidmatan di negeri ini.

Mereka ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, Datuk Zainul Darus dan Pengarah Audit Negeri Perak, Mohd Fisul Ismail.

Zainul menggantikan Datuk Nooraziah Abd Manaf yang bersara baru-baru ini manakala Mohd Fisul menggantikan Shaharudin Mahamud yang berpindah ke Ibu Pejabat di Putrajaya kerana kenaikan pangkat.