IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat enam pengarah jabatan yang baharu dilantik tahun ini dan tahun lalu di pejabatnya di sini.

Mereka ialah Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Yaacob Harun; Pengarah Jabatan penilian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Rosli Yahaya dan Pengarah Lembaha Kemajuan Ikan Malaysia Zarina Abd Latiff.

Sebelum dilantik ke jawatan tersebut, Rosli merupakan Pengarah JPPH Terengganu dan Zarina pula pernah menjadi Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Institusi Nelayan.

Turut melakukan kunjungan hormat ialah Pengarah Risda Perak, Fikri Ghani; Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak (KPDNKK) Saifullizan Kamarul Zaman dan Pengurus Negeri Pos Malaysia Noor Zuriha Haron Noh Rashid.

Saifullizan sebelum ini merupakan pemangku kepada pengarah KPDNKK Perak manakala Noor Zuriha adalah Pengurus Operasi Negeri Kedah/Perlis.

Dr Zambry meluangkan masa kira-kira satu jam bersama enam mereka di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan pada Rabu.