IPOH– Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Vanu Gopala Menon.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Jumaat.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Kedua-dua pihak meluangkan masa hampir sejam membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama.

6b25b4b1-4de0-48a9-bcd7-de4ad6451207

636542e3-5a17-4d29-8409-275c2bbe6cf2

dcf522ce-8914-470d-a544-5d67b1a59216