IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat tiga pengarah jabatan negeri yang baharu di pejabatnya di sini pada Rabu.

Mereka yang melakukan kunjungan hormat ialah Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia negeri, Kamarul Idzham Kamal dan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak, Abd Manan Muda.

Kamarul Idzham sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Perak manakala Abd Manan pula bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kastam Pulau Pinang di bahagian penguatkuasaan.

cf5ff51b-0963-43ab-b409-9614c3011100Turut melakukan kunjungan hormat itu ialah Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Mohd Shahar Ibrahim.

Beliau sebelum ini merupakan Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Abd Manan telah dilantik ke jawatan baharu itu pada April lalu manakala Mohd Shahar dan Kamarul Idzham pula masing-masing dilantik pada Mei 2017.

Dr Zambry meluangkan masa lebih satu jam bersama mereka bertukar pandangan dan membincangkan isu semasa berkaitan jabatan masing-masing.