CHENDERONG BALAI: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa beliau tidak akan melayan permintaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Menurut Dr Zambry, beliau Nga telah hilang intergriti kerana berbohong semasa persidangan Dewan Negeri baru-baru ini.

“Dia telah berbohong di dalam Dewan, apa lagi yang dia mahu. Maknanya, dari segi intergriti dia sudah hilang.

“Dia berbohong dalam Dewan dan terus bercakap yang kononnya dia manusia paling punya intergriti.

“Apa lagi yang kita hendak dari orang yang seperti ini, jadi saya tidak perlu jawap permintaan dia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mahabbah bersama institusi agama Islam negeri Perak di pekarangan Masjid Simpang di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Nga di dalam laporan sebuah akhbar mencabar Dr Zambry mendedahkan butiran mengenai Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dalam tempoh 24 jam.