MANJUNG: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluangkan masa hari ini melawat tapak projek pembinaan surau baharu di Taman Fasa 2J Seri Manjung, dekat sini.

Beliau berpuas hati dengan perkembangan projek tersebut yang difahamkan siap pada Mac ini.

Beliau turut memberi beberapa pandangan dan cadangan untuk penambaikan projek berkenaan, antaranya pemilihan warna dan penanaman beberapa pokok bagi mengindahkan lagi persekitaran surau.

Surau itu dibina bagi menampung keperluan kira-kira 3,000 penduduk Fasa H, I dan J.

mb_surau 4

Bakal dinamakan Surau Al-Hijrah, ia dijangka boleh memuatkan kira-kira 350 orang jemaah pada satu-satu masa.

Pada masa sama, Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berharap ia bakal menjadi pusat komuniti untuk kebaikan penduduk setempat.

Turut hadir pada lawatan itu ialah ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Terdahulu Dr Zambry turut meninjau dan beramah-mesra bersama masyarakat setempat di Kampung Sitiawan dan Kampung Segari, Lumut.