IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man telah meninjau suasana malam di sekitar Bandaraya Ipoh malam tadi.

IMG-20180117-WA0001Tinjauan bermula jam 9 malam dari Jalan Raja Dihilir, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Taman DR Seenivasagam, Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dataran Stesen, Dewan Bandaran, Padang Ipoh, Jalan Sultan Idris, Hospital Pantai Puteri dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Tinjauan tersebut merupakan pendekatan turun padang yang sentiasa diamalkan Menteri Besar dan Datuk Bandar untuk melihat sendiri pembangunan Bandaraya Ipoh, termasuk pencahayaan dan kebersihan.

Diharapkan dengan tinjauan seumpama itu akan terus mengekalkan Ipoh sebagai Bandar Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai PBT Terbaik di Malaysia.