MANONG: Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba kira-kira dua minggu lagi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengunjungi 10 keluarga miskin di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong pada Rabu.
Program Ziarah Ambang Ramadan dan  Jom Bantu Rakyat itu turut disertai Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid dan ADUN Manong, Datuk Mohd Kamil Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Saffian.
Selain menerima bantuan kotak makanan dan wang tunai, rumah penerima juga dibaik pulih oleh pihak YBU.
Dalam program itu, Dr Zambry turut melawat beberapa penduduk yang terlantar untuk bertanya khabar dan membantu meringankan masalah mereka.
WhatsApp Image 2017-05-17 at 13.51.48WhatsApp Image 2017-05-17 at 13.51.49