IPOH: Proram Permukiman Menteri Besar hari ini diteruskan dengan lawatan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke pasar pagi baru Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2.

Operasi pasar pagi yang terletak bersebelahan masjid kampung berkenaan, beroperasi awal bulan ini.

Setibanya beliau kira-kira jam 8 pagi, Dr Zambry merasmikan papan iklan anti dadah di kawasan pasar berkenaan.

be7ea798-f963-4850-b18d-eb7aaa0dce7eBeliau kemudiannya melapangkan masa kira-kira 20 minit melawat pasar berkenaan sambil beramah mesra dengan para peniaga dan menyampaikan apron.

Selepas itu, Dr Zambry bersarapan bersama-sama penduduk kampung dan pemimpin masyarakat.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Samsudin Abu Hassan, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan ADUN Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Selepas itu, Menteri Besar dan rombongan melawat tiga daripada 10 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam lawatan program Ziarah Kasih itu, Dr Zambry dan Rusnah turut menyampaikan bantuan kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada para penerima bantuan JKM berkenaan.

Sementara itu, Samsudin memberitahu, pihaknya akan membanyakkan lagi pemasangan papan iklan anti dadah di seluruh negeri.

“Kita telah pasang di seluruh negeri sempena program Permukiman MB dan kita akan perbanyakkan lagi, khususnya di kawasan panas,” katanya.