BATU GAJAH: Selain Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang aktif bersukan, beberapa anggota Exco kerajaan negeri juga mengikuti langkah beliau.
IMG-20170821-WA0030
Antara mereka yang sering kelihatan bersama-sama Dr Zambry ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, juga seorang yang aktif bersukan.
Selain bermain badminton, beliau juga mempunyai pasukan bola sepak dari Parlimen Parit yang sering mengadakan perlawanan persahabatan.
IMG-20170821-WA0032Terbaru, pasukannya mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Palma Elite dari Taman Botani, Ipoh di Mini Stadium Batu Gajah di sini malam tadi.
Walaupun sibuk dengan tanggungjawab bersama-sama kepimpinan UMNO Bahagian Parit mewakili Badan Perhubungan UMNO Perak memantau mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Beruas yang berakhir hampir ham 7 petang, Drs Nizar sempat turun menunjukkan ‘skill’ nya bermula jam 9 malam.
Dalam perlawanan itu, pasukan pilihan Drs Nizar tewas 1 – 2 dengan Palma Elite.