PARIT BUNTAR – Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas dalam parit di Kampung Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian menimpa kedua-dua mangsa yang merupakan adik beradik tiri itu disedari orang awam setelah melihat seorang daripada mereka terapung pada pukul 7.30 malam.

Mangsa ialah Nur Ayuni Najatul Abdul Az Zahir, 8, dan Nur Anisa Najwa Mohd. Zaki, 10.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Sanusi Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE