Subscribe Now

Trending News

Dua Beranak Dan Rakan Didakwa Edar 419kg Pil Eramin 5
Nasional

Dua Beranak Dan Rakan Didakwa Edar 419kg Pil Eramin 5 

BALIK PULAU – Dua beranak bersama seorang rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas kesalahan mengedar 419 kilogram (kg) pil Eramin 5 di sebuah syarikat ejen kargo di Bayan Lepas tiga minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Wafiy Ikhwan, 18, bapanya, Rushdi Ismail, 47, dan Razis Md. Yusoff, 34, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majisret Nur Fadrina Zulkhairi.

Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Eramin 5 seberat 419,152 gram di Kompleks Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas pada pukul 9 pagi, 17 Disember lalu.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan ditawarkan selain menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Kosmo! pada 27 Disember lalu melaporkan, Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini selepas menemui kira-kira 1.5 juta pil Eramin 5 bernilai RM23 juta dalam serbuan di LTAPP tiga minggu lalu. – K! ONLINE

Related posts