KLANG: Dua buah bilik kuarters guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah, Klang musnah dalam satu kebakaran, pagi Jumaat.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.06 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Pelabuhan Klang, Andalas dikejarkan ke lokasi.

“Jentera pertama tiba empat minit selepas panggilan diterima. Setibanya di tempat kejadian, dapati api begitu marak.

“Kebakaran melibatkan bilik kuarters yang berkeluasan 50X100KP dan hangus 100 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, api berjaya dikawal dengan baik anggota yang bertugas. – Sinar Harian