Dua daripada tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Perak telah mendapat ketua baharu, selaras dengan pengumuman Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu, baru-baru ini.

Kedua-dua peneraju itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Mohd. Ariff Yeop Ishak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Anuar Zainal Abidin.

Baru-baru ini, YAB Ahmad Faizal mengumumkan PKNP, MB Inc dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) bakal mempunyai pentadbiran baharu. Bagaimanapun, setakat ini, PPPNP masih diterajui Ketua Pegawai Eksekutif yang lama, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

YAB Ahmad Faizal menafikan bahawa pendekatan yang dibuat pihaknya bersifat sebagai ambil alih melulu sematamata, sebaliknya ia lebih kepada “bedah siasat” secara teliti.