TELUK INTAN: Dua kawasan di sini dilanda banjir kilat menyebabkan 49 orang dari 12 buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kawasan terlibat ialah Kampung Matang Jambu dan Kampung Sungai Rambai yang dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

“Penduduk yang terjejas iaitu 27 lelaki dan 22 perempuan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan MPTI, Langkap,” katanya.

Banjir disebabkan air Sungai Batang Padang yang melimpah akibat hujan.