MUAR: Dua kru dalam keadaan hampir tidak bernyawa ditemui dari sebuah bilik enjin, kira-kira 50 jam selepas sebuah kapal korek pasir terbalik di perairan Parit Jawa di sini.

Kedua-duanya mangsa terperangkap dalam poket udara di dalam kapal itu yang terbalik kira-kira pada pukul 9 pagi Rabu lalu.

Dua kru berkenaan, masing-masing berusia 47 dan 62 tahun merupakan warga China, ditemui pada kira-kira pukul 2 petang Jumaat dan dibawa ke pantai dua jam kemudian.

Harapan untuk mencari mangsa yang terselamat dari 11 kru yang hilang dipergiatkan dengan pasukan penyelam menyelamatkan dua mangsa yang tidak makan atau minum selama dua hari.

Mangsa kemudian digegaskan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Beberapa pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergegas ke tempat kejadian selepas insiden berlaku.

Kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 itu terbalik di 12 batu nautika barat Tanjung Tohor.

Seorang kru meninggal dunia, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan.

Kapal tersebut membawa 18 kru, terdiri daripada seorang rakyat Malaysia dan bakinya warga asing – mstar