Subscribe Now

Trending News

Dua Lelaki Didakwa Cuba Rasuah Polis RM5,000
Nasional

Dua Lelaki Didakwa Cuba Rasuah Polis RM5,000 

SEBERANG PERAI – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini sebentar tadi selepas didakwa menawarkan rasuah kepada seorang anggota polis Julai lalu.

Tertuduh, Mohd. Shairulhafiez Mohamad Yusoff, 33, dan Syaiful Anuar Che Khair, 28, didakwa secara rasuah menawarkan suapan wang tunai RM5,000 kepada seorang ajen kerajaan Malaysia iaitu Penolong Penguasa Polis di Balai Bayan Baru sebagai dorongan untuk tidak menangkap mereka kerana memiliki dadah jenis syabu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Medan Selera Teluk Bahang, Pantai Jerjak dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang pada 26 Julai lalu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nor Aini Yusof, manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rais Imran Hamid dan Amin Yaacub.

Syiful Anuar diwakili peguam Mohd. Izad Buqhary, manakala Mohd. Shairulhafiez tidak diwakili peguam.

Setiap tertuduh dibenarkan didikat jamin RM10,000 beserta seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan pada 30 Januari depan.   – K! ONLINE

Related posts