IPOH – Dua maut,36 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah Perdana, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata kemalangan berlaku kira-kira 5 pagi apabila bas yang membawa 37 penumpang terbabit melanggar pembahagi jalan.

“Berdasarkan maklumat awal mangsa yang maut dipercayai pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah,” katanya ketika dihubungi Suara Perak hari ini.