Oleh:Nazialita Geynna Maharan

BIDOR: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah kenderaan di Jambatan Kg Bikam, di sini pada petang Jumaat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Penguasa Bomba Tarmizi Hassan berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 4.52 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

“ Sesampainya di lokasi kejadian, pasukan telah diarahkan untuk melakukan kerja pengeluaran mangsa menggunakan pemotong hidraulik sehingga kesemuanya berjaya dibawa keluar,” katanya kepada Suara Perak.

Difahamkan, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut dan mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan seterusnya.

Tarmizi berkata operasi mengambil masa kira-kira sejam dan tamat sekitar 6 petang.