Mualim – Dua maut dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Raya Utara Selaran (PLUS) KM 371.9 dekat Slim River arah Selatan petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata kemalangan yang membabitkan empat buah kereta dan empat buat lori itu turut menyebabkan 13 cedera manakala lima lagi selamat.

 


“Kemalangan jam 3.45 petang itu berlaku apabila sebuah lori dari arah selatan menghala Utara hilang kawalan dan masuk arah laluan bertentangan dan langgar kenderaan lain.

“Hanya lorong kanan arah selatan dibuka untuk laluan ketika ini dan arah Utara ditutup.

“Keadaan ketika ini masih hujan dan laporan lengkap akan kita keluarkan tidak lama lagi,”katanya ketika dihubungi.
Sementara itu Jurucakap Bomba memberitahu kerja-kerja menyelamat masih lagi sedang giat dijalankan.

“Kemalangan ini juga telah menyebabkan kesesakan sepanjang 14 kilometer,” katanya