TAPAH: Pemandu dan penumbang kereta Myvi maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanker di Kilometer 52.8 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur dekat sini, Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharudin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam, ketika hujan lebat.

Menurutnya, mangsa yang maut ialah pemandu Myvi, Cheong Shaun Wei, 36 dan penumpang, Yow Xue Yei, 30.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Myvi, yang dalam perjalanan dari Bidor menghala ke Kampar, dipercayai telah bertembung dengan lori tanker yang berada di laluan bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu Myvi berpusing beberapa kali dan jatuh ke dalam parit tepi jalan,” katanya di sini pada Rabu.

Akibat kemalangan ini pemandu dan penumpang maut di temat kejadian, manakala pemandu lori tanker tidak cedera.

Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Tapah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.