KAMPUNG GAJAH: Dua maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di jalan Teluk Intan-Kampung Gajah pada petang Isnin.

Dalam insiden sekitar jam lima petang itu, perlanggaran sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Perodua MyVi menyebabkan dua wanita maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan,Pegawai Bomba Kanan II Hisham Md Nor berkata pihaknya menerima maklumat sekitar 5.09 petang dan segera ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan itu telah menyebabkan dua orang mangsa maut di lokasi kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan.

“Mangsa yang lain pula telah dibawa ke hospital oleh pihak ambulans dan tiada mangsa tersepit,”katanya lagi.

Katany, anggota turut membuat pemantuan di lokasi kejadian dan melakukan pembersihan serpihan kaca di lokasi sehingga selesai sepenuhnya.

“Operasi tersebut tamat pada 6.11 petang,”ujarnya lagi.