IPOH: Dua lelaki maut, seorang parah, manakala tiga lagi dikhuatiri hilang, dalam kebakaran sebuah pusat hiburan di Times Square Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini, pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Tai Chee Kin, 36 dan Lau Wai Hoong, 37 ditemui mati dalam bilik tingkat empat bangunan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu, seramai 31 anggota bomba dari Ipoh, Meru Raya dan Pekan Baru dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba, anggota bomba menemui dua mayat dipercayai meninggal dunia kerana sesak nafas, sementara seorang parah, tiga lagi dikhuantiri masih terperangkap dalam kebakaran.

“Kami masih lagi menjalankan siasatan sekiranya ada mangsa lain terbabit dalam kebakaran, selain mayat kedua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya.