GERIK 17 Sept. – Dua lelaki maut akibat tercampak daripada lori treler yang terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di Kampung Pipi, Jalan Gerik-Kelian Intan dekat sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 9.16 pagi melibatkan sebuah lori treler yang membawa sekam padi.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, kedua-dua mangsa ditemukan di bahu jalan.

“Kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE