DUA murid perempuan membawa pisau ke sekolah, merancang untuk membunuh murid lain yang lebih muda dan minum darah mereka, kata polis.

Kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun itu merancang untuk menunggu mangsa di tandas supaya mereka boleh mengelar leher, memotong mayat dan setersunya makan daging dan minum darah mereka, mengikut afidavit penahanan.

Mereka bagaimanapun ditangkap sebelum melaksanakan rancangan itu kerana guru-guru menyedari mereka tidak masuk ke kelas, kata pihak berkuasa di Florida.

Bartow Middle School, Florida.

Polis berkata beberapa guru pergi mencari mereka dan menemui kedua-dua mereka bersama pisau, dalam kejadian di Bartow Middle School.

Dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Polis Bartow menyatakan dua budak perempuan itu merancang untuk membunuh diri sendiri selepas mereka membunuh mangsa.

Tiada siapa yang cedera. -metroUK