Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Dua parah apabila lori treler yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Jelapang-Ipoh Lumut berhampiran simpang tiga lampu isyarat pada awal pagi Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya,Pegawai Bomba Kanan II Fauzi Hashim@Nazri berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 6.02 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

parah-lori

“Sesampainya di lokasi kami mendapati sebuah lori treler yang membawa muatan besi telah terbalik dan menghalang lalu lintas sepanjang kira-kira tiga kilometer, apatah lagi jalan tersebut merupakan salah satu laluan utama.

“Dua orang mangsa turut mengalami kecederaan parah akibat tersepit dan kerja menyelamatkan masih berjalan,” katanya lagi.

Orang ramai yang ingin melalui jalan berkenaan dinasihatkan untuk menggunakan jalan dalam kilang Carsem (Jelapang) atau Lebuhraya Utara Selatan untuk menuju ke pusat bandar.