KUALA KANGSAR: Dua kakitangan syarikat kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera apabila pencawang elektrik meletup tengahari Rabu.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mereka sedang menyambung kabel di tiang ke transfomer yang terletak pada tiang letrik di pencawang TNB Sauk, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Redzuan Mat Nasir, 32 dan Mat Sham Hashim, 57.

Menurutnya, Muhamad Redzuan melecur dari bahagian kaki hingga ke dada manakala

Mat Sham mengalami kecederaan melecur di badan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans untuk rawatan,” katanya di sini.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.40 tengahari.

1/3