SLIM RIVER: Dua mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipercayai sesat di Gunung Tumang Batak, di sini apabila tidak dapat menemui jalan keluar berikutan keadaan gelap pada petang Jumaat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Pegawai Bomba Kanan II Yussly Abdul Lati berkata kedua-dua pelajar berkenaan sedang mengikuti ekspedisi pendakian gunung tersebut bersama 30 pelajar yang lain sebelum sesat lewat 6.27 petang Jumaat.

Kedua-dua pelajar itu sesat ketika 28 yang lain berjaya keluar dengan selamat.

Difahamkan, kumpulan pelajar terbabit tidak mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan universiti untuk membuat expedisi pendakian itu.

“Bagaimanapun, pihak kami telah berjaya menghubungi kedua-dua pelajar yang sesat itu dan telah mengarahkan mereka untuk kekal di lokasi terakhir sehingga pihak bomba datang membawa mereka pulang,”katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, operasi menyelamat masih dijalankan sehingga kini.‎