BANGKOK: Dua pelancong yang didakwa dengan vandalisme kerana melakukan grafiti di tembok di utara Thailand berhadapan 10 tahun penjara jika didapati bersalah, kata polis semalam.

Furlong Lee dari Britain dan Brittney Schneider, kedua-duanya 23 tahun, ditahan di rumah tetamu di Chiang Mai semalam dan ditahan di mahkamah daerah.

Rakaman video kamera keselamatan menunjukkan mereka melakukan grafiti pada dinding bata merah berhampiran Gerbang Tha Phae, pintu masuk utama ke bandar lama bandar raya itu.

“Mereka mengaku melakukan jenayah. Apabila melawat sesuatu tempat, pelancong tidak sepatutya melakukan grafiti,” kata Mejar Polis, Anon Cherdchutrakulthong.

Anon berkata, mereka tidak diwakili peguam, menambah kedua-duanya menunjukkan tanda mabuk.

Selain penjara, mereka juga berhadapan denda sehingga sejuta baht (RM127,447) atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — Reuters