Oleh:Nazialita Geynna Maharan

TELUK INTAN: Dua buah pusat pengajian agama di dua daerah berasingan sekitar Perak terbakar dalam masa sehari sahaja pada Ahad.

Di Teluk Intan, sebuah mahaad tahfiz Sekolah Menengah Mahaad al-Islah ,Sungai Lampam dilaporkan sedang marak terbakar sekitar pukul 12 tengah malam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 11.20 malam dan bergegas ke lokasi.

“Setibanya kami di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan bahagian tingkat bawah bangunan tiga tingkat jenis kelas A berukuran 20X40 sedang marak terbakar,”katanya kepada Suara Perak.

Jelasnya, operasi pemadaman yang melibatkan BBP Hutan Melintang itu masih berjalan setakat tengah malam Ahad.

Sementara itu, di Pengkalan Hulu sebuah pondok mengaji di Kg Kuak Luar mengalami kebakaran dan menghubungi balai bomba sekitar 11.27 malam.

Jurucakap Operasi BBP Pengkalan Hulu berkata setibanya di lokasi mereka mendapati sebuah pondok mengaji jenis kelas C sedang terbakar sebanyak 60 peratus.

“Pondok mengaji berkeluasan 15×10 itu terbakar buat mas aini dan operasi pemadaman masih berjalan,”katanya lagi.