Subscribe Now

Trending News

Dua Remaja Lelaki Dituduh Membunuh
Nasional

Dua Remaja Lelaki Dituduh Membunuh 

TEMERLOH – Dua remaja lelaki berusia 15 dan 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun di Bera pada Oktober lalu.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh juvana berusia 15 tahun berkenaan dituduh membunuh Nur Amira Abdullah, 14, antara pukul 1.10 pagi hingga 3.30 petang pada 25 Oktober lalu.

Turut dituduh dalam pertuduhan yang dibacakan secara bersama itu ialah pelajar sebuah kolej, Zamirul Aliff Mohd. Zaki, 19, yang berasal dari Taman Merbau Indah dekat Bera.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di ladang kelapa sawit berhampiran Ladang Sungai Triang, Bera.  -K! ONLINE

Related posts