BATU KAWAN: Dua individu maut selepas teksi dinaiki terbakar di Kilometer 2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) menghala ke Batu Kawan di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Surizan Abdullah, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Pemeriksaan awal mendapati dua individu terperangkap dalam teksi jenis Proton Persona dan identiti kedua-duanya belum dikenal pasti.

“Api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya pada jam 8.48 pagi sebelum mayat mangsa yang rentung dapat dikeluarkan,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi proses pengecaman dan bedah siasat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/252725