TELUK INTAN: Dua suspek dipercayai penagih dan pengedar dadah yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan polis cawangan Anti Nakotik, Ibu Pejabat Polis daerah Hilir Perak dalam satu serbuan di Langkap, dekat sini pada Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, polis turut merampas tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan di percayai dadah jenis Methampethamine (AB:123 gram) dan 10 biji pil di syaki dadah jenis Eramine5.

Ketua Polis daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata intipan dan siasatan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan mencurigakan di rumah berkenaan sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, serbuan itu dibuat di bawah Ops Tapis/Ops Kesan yang diketuai oleh Asisten Superitenden Mohd Saufi Hairi Purnomo bersama empat anggota.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut polis menemui satu laras senapang angin serta 4 peluru dan palet, pihak polis turut merampas sebuah motosikal berkuasa tinggi dan kesemua barangan dirampas manakala kedua-dua suspek dibawa ke IPD Hilir Perak untuk siasatan,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya pada Isnin.

Menurut Mohd Marzukhi, kedua-dua suspek berusia 45 (lelaki) dan 29 tahun (perempuan) itu sudah dikenakan reman selama tujuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Terdahulu, kata beliau, dalam satu serbuan lain, pihaknya berjaya menahan 11 suspek berumur antara 20an dan 40an tahun yang dipercayai penagih di kawasan Hutan Melintang, dekat sini.

Katanya, tujuh daripada suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) ABD 1952 manakala tiga di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama dan seorang lagi di bawah Seksyen Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).