RAWANG: Dua suspek kes samun ditembak mati oleh polis berhampiran sebuah khemah di kawasan Taman Templer di sini, jam 4.30 pagi tadi

Mereka dikesan ketika sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan Operasi Kesan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan yang melarikan diri sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata terdahulu polis menerima maklumat berhubung dua suspek terbabit yang dikatakan bersembunyi di dalam sebuah khemah di kawasan berkenaan.

“Ketika anggota polis melakukan tangkapan, suspek cuba menyerang menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan.
“Kedua-dua suspek terbabit mati ditembak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dua lelaki berkenaan dipercayai terbabit dengan seorang lagi suspek yang ditembak mati oleh polis di Taman Templer di sini, minggu lalu – berita harian