CHANGKAT JERING: Kemalangan melibatkan dua buah lori treler di Kilometer 216.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara) dekat persimpangan keluar Changkat Jering menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih empat kilometer pada pagi Sabtu.

Walaupun kemalangan dikatakan berlaku sekitar 4.40 pagi tetapi sehingga jam 10 pagi, laluan arah utara kesesakan masih lagi sesak.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat, kemalangan berkenaan melibatkan dua buah  treler, sebuah membawa muatan gegelung aluminium makala sebuah lagi kosong.

 

“Kedua-dua treler daripada arah Selatan hala ke Utara dan kemalangan dipercayai berlaku apabila treler muatan gegelung aluminium itu melanggar belakang sebuah lagi treler.

 

“Akibat daripada hentaman itu, pemandu treler muatan gegelung berkenaan mengalamai kecederaan parah dan sedang dirawat di Hospital Taiping manakala pemandu treler satu lagi hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Katanya siasatan masih lagi sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut.

 

Tambah beliau ketika ini semua kenderaan yang menghala ke utara dilencongkan ke Toll Changkat Jering.