PETALING JAYA : Kerajaan telah menggunakan baki terakhir sebanyak RM61.68 derma Tabung Harapan bagi membayar faedah sukuk Nota Jangka Sederhana 1MDB (1MDB IMTN) pada 28 Nov.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pada 14 Jan tahun ini, Tabung Harapan mengutip derma berjumlah RM202.7 juta, selain RM2.77 juta faedah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM205.4 juta

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang kepada Tabung Harapan.”

Lim berkata, baki sebanyak RM61.68 juta digunakan untuk membayar sebahagian daripada faedah 1MDB IMTN berjumlah RM143.75 juta.

Baki wang yang digunakan untuk membayar faedah tersebut diambil daripada dana 1MDB yang diperolehi semula setakat ini sebanyak RM1.45 bilion.

Difahamkan bahawa faedah 1MDB IMTN perlu dibayar 2 kali setahun.

Menurut kenyataan itu lagi, wang derma RM205.4 Tabung Harapan dibelanjakan seperti berikut:

  • (30 Mei) – membayar sebahagian daripada faedah sukuk 1MDB IMTN sebanyak RM143.75 juta
  • (16 Jun) – bayaran semula cek tendang sebanyak RM51,500.
  • (25 Jun) – bayaran semula derma khilaf sebanyak RM9,457.
  • 28 Nov) – bayar sebahagian faedah susuk 1MDB IMTN sebanyak RM61.68 bilion.

Lim berkata, kerajaan akan membelanjakan RM13.9 bilion ke atas hutang 1MDB dan SRC International dari 2017 hingga 2020.

“Pada masa ini hutang 1MDB berjumlah RM50.5 bilion, termasuk faedah yang akan hanya diselesaikan pada 2039.

Tabung Harapan diwujudkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 30 Mei tahun lepas bagi mengutip derma daripada individu dan syarikat dalam usaha membantu kerajaan menangani masalah hutang negara.