Kota Bharu: Lebih 100 mangsa mengalami kerugian RM500,000 selepas melabur untuk menyertai sebuah syarikat membekalkan barangan runcit ala perniagaan pemasaran bertingkat (MLM) di Tunjong, di sini.

Mereka mendakwa ditipu apabila syarikat itu gagal membayar sejumlah ‘gaji’ bulanan yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Mangsa yang rata-ratanya peniaga, mendesak lelaki berusia 40-an yang licik memperdaya termasuk menggunakan nama ahli politik disegani untuk menarik pelabur, dikenakan tindakan.

Menurut seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaila, 35, syarikat itu dibuka sejak Disember lalu dan mendapat kepercayaan orang ramai kerana pengasasnya bijak memperdaya termasuk menggunakan nama ahli politik untuk meyakinkan mereka.

Mereka diminta melabur sejumlah wang untuk penjualan barangan runcit syarikat dan jualan RM5,000 akan melayakkan menerima komisen sebanyak RM1,700.

-myMetro