IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan penubuhan empat Jawatankuasa Khas.

Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC), Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak & Kebebasan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu DUN Perak.

Senarai ahli setiap Jawatankuasa Khas itu adalah seperti berikut:

1. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC).

YB Leong Cheok Keng (DAP – Malim Nawar) – Pengerusi

YB Chong Zhemin (DAP – Keranji) – Timbalan Pengerusi

YB Datuk Aznel Ibrahim (BN – Pengkalan Hulu) – Ahli

YB Datuk Mohd Khusairi Talib (BN – Slim) – Ahli

YB Yahya Mat Nor (Amanah – Pasir Panjang) – Ahli

YB Ng Shy Ching (PKR – Teja) – Ahli

YB Razman Zakaria (PAS – Gunung Semanggol) – Ahli

2. Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap

YB Datuk Ngeh Koo Ham (Speaker Dewan Undangan Negeri) – Pengerusi

YB Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN – Lintang) – Ahli

YB Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (BN – Changkat Jong) – Ahli

YB Dr Muhd Fadhil Nuruddin (Amanah – Kamunting) – Ahli

YB Muhamad Arafat Varisai Muhamad (PKR – Hulu Kinta) – Ahli

YB Teoh Yee Chern (DAP – Astaka) – Ahli

YB Mohd Akmal Kamarudin (PAS – Selama)

3. Jawatankuasa Hak & Kebebasan

YB Datuk Ngeh Koo Ham (Speaker Dewan Undangan Negeri) – Pengerusi

YB Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (BN – Changkat Jong) – Ahli

YB Salbiah Mohamed (BN – Temengor) – Ahli

YB Ong Boon Piow (DAP – Bercham) – Ahli

YB A. Sivasubramaniam (DAP – Buntong) – Ahli

YB Leow Thye Yih (DAP – Pokok Assam)

YB Khalil Yahya (PAS – Kubu Gajah)

4. Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu DUN Perak

YB Datuk Ngeh Koo Ham (Speaker Dewan Undangan Negeri) – Pengerusi

YB Maslin Sham Razman (BN – Bukit Chandan) – Ahli

YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin (BN – Kampung Gajah) – Ahli

YB Nga Kor Ming (DAP – Aulong) – Ahli

YB Jenny Choy Tsi Je (DAP – Canning) – Ahli

YB Chaw Kam Foon (DAP – Menglembu) – Ahli

YB Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Bebas – Tualang Sekah) – Ahli

Sementara itu, Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR, Ismail Yusof, 60, dan Ahli Jawatankuasa DAP Perak yang juga seorang peguam, Nga Hock Cheh, 66, dipilih sebagai Senator.

Mereka menewaskan dua lagi calon yang dicadangkan iaitu Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsudin Abdul Ghafar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohd Ismi Mat Taib.

Dewan ditangguhkan kira-kira jam 9.45 malam, ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.