KUALA LUMPUR: Pembayar cukai boleh mengemukakan borang penyata cukai pendapatan individu (BNCP) bagi tahun taksiran 2016 menerusi e-Filing bermula 1 Mac, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang itu menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi ‘Mobile Filing’ (m-Filing).

LHDN pada Rabu berkata, e-Filing dan m-Filing  adalah aplikasi percuma untuk membolehkan pembayar cukai melengkapkan (ITRF) secara elektronik.

“Aplikasi berkenaan boleh diakses menerusi portal rasmi LHDN di http://www.hasil.gov.my/,” kata agens itu menerusi kenyataan.

LHDN berkata, ia turut merangkumi Borang E di mana tarikh akhirnya penyerahannya adalah 31 Mac 2017; BE (30 April), manakala B dan P (30 Jun).

Bagi Borang BT, M, MT dan TF, tarikh akhir berbuat demikian ialah 30 April 2017 bagi yang tidak menjalankan perniagaan, dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/22/serah-borang-cukai-1-mac/#5qbqEMk88r63keDm.99