IPOH: Sempena program Aura Ramadan TIC 2017, seramai 22 mahasiswa serta kakitangan Taj International College (TIC) dan 30 ahli Majlis Belia Ipoh mengambil inisiatif mengedarkan juadah sahur untuk golongan gelandangan di sekitar Ipoh awal pagi Selasa.

cc898c6e-7a90-4f02-bb5a-eddd0b3d8e2fKumpulan tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajudin.

Mereka mula memasak juadah untuk sahur di Kampus Utama TIC di sini sebaik selesai solat Terawih.

Mereka mengedarkan makanan mulai jam 3 pagi di sekitar Ipoh, seperti di UTC, taman kanak-kanak dan Jalan Yang Kalsom kepada kira-kira 40 gelandangan.

Menurut Tina, selesai mengedarkan makanan kepada gelandangan, mereka ke Rumah Orang Tua Titian Abadi di Pengkalan untuk menyerahkan 50 bungkusan makanan sebelum ke Rumah Anak Yatim Nurul Iman Manjoi untuk menyerahkan 65 bungkusan lagi.

Tina mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti itu dan berharap ia dapat diadakan di masa-masa akan datang.